Maut dalam perjalanan balik ke rumah

Kemalangan yang meragut nyawa seorang pesara kerajaan di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Tempoyang, Lipis pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
Kemalangan yang meragut nyawa seorang pesara kerajaan di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Tempoyang, Lipis pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Seorang pesara kerajaan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah apabila kereta dipandunya bertembung sebuah lagi kereta di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Tempoyang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Raja Mohamad Raja Daud, 68, yang beralamat Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Kerpan di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Kia Sephia yang dipandu mangsa dengan sebuah Honda City.

Beliau berkata, penumpang Honda City, Muhammad Syaiful Izwan Suhaimin, 19, mengalami kecederaan di kaki kiri, manakala abangnya, Mohamad Zulfikri, 28, yang memandu kereta itu tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati pemandu Kia Sephia dari arah Lipis dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang Tengku.

Dua buah kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Tempoyang, Lipis pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
Dua buah kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Tempoyang, Lipis pada Selasa. - Foto ihsan PDRM

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu berkenaan dipercayai hilang kawalan ke laluan bertentangan dan bertembung berhadapan dengan kereta Honda City dari arah Merapoh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Akibat kemalangan tersebut, katanya, Raja Mohamad maut di tempat kejadian manakala Muhammad Syaiful Izwan yang merupakan penuntut Kolej Yayasan Pahang, Kuantan cedera di kaki kiri.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian saringan Covid-19.

"Mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan selanjutnya," jelasnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.