Manchester United kurang berdisiplin: Maguire

Maguire (kiri) ketika cuba mengekang kemaraan pemain Young Boys dalam aksi Liga Juara-juara di di Stade de Suisse. - Foto Manchester United
Maguire (kiri) ketika cuba mengekang kemaraan pemain Young Boys dalam aksi Liga Juara-juara di di Stade de Suisse. - Foto Manchester United
A
A
A

KAPTEN Manchester United, Harry Maguire mengakui kurangnya faktor disiplin merupakan penyumbang kepada persembahan longlai The Red Devils apabila tumbang 1-2 kepada kelab Switzerland, Young Boys dalam perlawanan kumpulan F Liga Juara-juara.

Pada aksi di Stade de Suisse itu, anak buah Ole Gunnar Solskjær bermula garang apabila terlebih dulu di depan hasil jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-13.

Bagaimanapun, persembahan gergasi liga Inggeris itu mula tempang selepas tonggak Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Tuan rumah kendalian David Wagner mengambil kesempatan apabila meledak dua gol menerusi Moumi Ngamaleu pada minit ke-66 sebelum pemain gantian Theoson Siebatcheu mengesahkan kemenangan pada minit ke-95.

Gol kemenangan anak buah Wagner muncul setelah Siebatcheu memanfaatkan kesilapan pemain gantian United, Jesse Lingard.

"Sudah tentu disiplin memainkan peranan penting dalam perlawanan ini dan sekiranya ini saingan kalah mati yang menyaksikan Manchester United tersingkir daripada kejuaraan apabila beraksi 10 pemain, seharusnya kami menyalahkan diri sendiri.

"Namun Manchester United cukup bernasib baik kerana ini merupakan perlawanan pertama peringkat kumpulan dan masih terdapat ruang untuk kelab ini bangkit semula," ujar Maguire.

Artikel Berkaitan: