X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Inovasi di bawah KeTSA terima pengiktirafan dalam, luar negara

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa inovasi yang dilaksanakan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan pada Selasa berkata, pengiktirafan berkenaan antara lain menerusi Anugerah GeoInovasi 2020 yang dianjurkan Esri Malaysia apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi antara penerima anugerah tersebut.

"Pengiktirafan Anugerah GeoInovasi 2020 oleh Esri diberikan kepada Jupem bagi pembangunan platform Pengurusan Maklumat Geospatial Pertahanan (DGIM) yang digunakan untuk menyediakan ‘Joint Common Operating Picture’ (JCOP) dalam memudahkan kerjasama bersama pasukan pengurusan krisis Covid-19 Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Beliau berkata, TNB turut menerima pengiktirafan Anugerah GeoInovasi 2020 bagi dua projek iaitu GIS Dashboard for TNB Assets in Enhanced Movement Control Order (EMCO) Areas (C19-EMCO) dan Geographical Information System (GIS) Dashboard for Situation Report (SITREP) of the Quarantine Station (C19-QUS).

Takiyuddin berkata, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula meraih pingat perak di bawah kategori Anugerah Inovasi Antarabangsa Covid-19 II sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2021 bagi produk inovasi pelitup muka biodegradasi daripada bahan lignoselulosa dan nanofiber.

Jelasnya, kerajaan melalui KeTSA sentiasa komited dalam melaksanakan inovasi dan teknologi terkini bagi memudahkan operasi dan tindakan untuk menangani pandemik Covid-19 bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat dipertingkatkan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!