Semakin ramai penyokong bukan Islam sertai Pas Selangor

Deepakara (kiri) menyerahkan borang keahlian baru DHPP peringkat negeri Selangor kepada Urusetia DHPP Pas Pusat di Pejabat Agung Pas.
Deepakara (kiri) menyerahkan borang keahlian baru DHPP peringkat negeri Selangor kepada Urusetia DHPP Pas Pusat di Pejabat Agung Pas.
A
A
A

SHAH ALAM - Semakin ramai penyokong bukan Islam kini mendaftar sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Selangor berdasarkan penerimaan kira-kira 187 borang keahlian baharunya.

Pas Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima borang keahlian baharu itu daripada Ketua DHPP negeri, Datuk K Deepakaran dengan jumlah terkini DHPP Selangor seramai 3018 ahli.

"Deepakaran menyerahkan borang keahlian baru DHPP peringkat negeri Selangor kepada Urusetia DHPP Pas Pusat di Pejabat Agung parti, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Setakat 14 September, jumlah keahlian DHPP Selangor ialah seramai 3,018 keseluruhannya," kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Pas Selangor turut memaklumkan usaha menambah seramai mungkin keahlian baharu akan diteruskan bagi menjadikan parti sebagai satu keluarga besar di negeri ini.

"Usaha ini juga membuktikan Pas menerima masyarakat bukan Islam dengan slogan 'Pas For All'," katanya.

Artikel Berkaitan: