Pengurusan jenazah lebih mudah dengan M-Jannah

KHAIRUL (tiga, kanan) menyerahkan cenderahati kepada Duta M-Jannah, Mawi sambil disaksikan Mohd Zainal (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumijez, Ab Halim Hamzah (kanan).
KHAIRUL (tiga, kanan) menyerahkan cenderahati kepada Duta M-Jannah, Mawi sambil disaksikan Mohd Zainal (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumijez, Ab Halim Hamzah (kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Bagi mereka yang masih tercari-cari perkhidmatan pengurusan jenazah, barangkali produk M-Jannah boleh dipertimbangkan dalam senarai keperluan anda.

Menariknya, produk perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap yang ditawarkan oleh Bank Mualamat (M) Bhd dengan kerjasama syarikat Bumijez Sdn Bhd (Bumijez) bersedia memberi perkhidmatan selama 24 jam tanpa henti di seluruh negara.

Produk M-Jannah kini boleh didapati di 64 cawangan Bank Muamalat sejak setahun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, sehingga kini, sebanyak 4,530 pelanggan telah melanggan produk ini dengan nilai jualan sebanyak RM500,000.

"Ramai orang bertanyakan kepada saya, kenapa kami sebagai sebuah bank menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah? Bagi mereka, ia tidak selari dengan perkhidmatan yang sepatutnya oleh institusi perbankan.

"Namun sebenarnya penawaran produk ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk menawarkan perkhidmatan holistik merangkumi produk dari awal hingga akhir hayat yang memberi manfaat kepada pelanggan kami.

"Perkhidmatan pengurusan jenazah yang ditawarkan Bumijez adalah salah satu daripada produk yang melengkapi visi ini. M-Jannah merupakan salah satu produk di mana permintaannya masih meningkat," katanya pada Majlis Perasmian Bank Muamalat Setahun bersama M-Jannah di Putrajaya sebentar tadi.

Hadir sama penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi yang dilantik secara rasmi sebagai Duta M-Jannah.

Artikel Berkaitan:

Keahlian serendah RM59

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bumijez, Ustaz Mohd Zainal Khamis berkata, setakat ini, waris kepada 20 ahli M-Jannah yang meninggal dunia telah menerima manfaat melibatkan sejumlah RM60,000.

USTAZ MOHD ZAINAL
USTAZ MOHD ZAINAL

"Perkhidmatan kami sudah bermula sejak 2009 di Lembah Klang sebelum berkembang ke seluruh negara. Kehadiran kami bukan untuk menidakkan peranan badan-badan khairat kematian dan pengurusan jenazah setempat.

"Tetapi lebih kepada melengkapkannya kerana kami juga dapat menyalurkan kewangan segera 24 jam kepada waris untuk menyempurnakan jenazah ahli," katanya.

Jelasnya, keahlian M-Jannah bermula pada harga serendah RM59 setahun dengan perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap bernilai RM1,500, malah turut disertakan zikir, tahlil, khatam al-Quran dan wang khairat RM1,500 kepada waris.

M-JANNAH merupakan produk kerjasama Bank Muamalat serta Bumijez memberi peluang kepada setiap individu agar dapat melakukan langkah awal bagi meringankan beban waris dan ahli keluarga pada hari berlakunya kematian.
M-JANNAH merupakan produk kerjasama Bank Muamalat serta Bumijez memberi peluang kepada setiap individu agar dapat melakukan langkah awal bagi meringankan beban waris dan ahli keluarga pada hari berlakunya kematian.

"Selain itu, turut disediakan pakej lain merangkumi kategori pasangan suami isteri, anak-anak dan warga emas, selain manfaat tambahan seperti penyediaan batu nisan, pusara serta khidmat badal haji," katanya.

KHAIRUL (dua dari kiri) serta Ustaz Mohd Zainal (kiri) bergambar dengan replika kad keahlian M-Jannah pada Sambutan Setahun Bersama M-Jannah di Putrajaya sebentar tadi.
KHAIRUL (dua dari kiri) serta Ustaz Mohd Zainal (kiri) bergambar dengan replika kad keahlian M-Jannah pada Sambutan Setahun Bersama M-Jannah di Putrajaya sebentar tadi.

Sempena setahun produk M-Jannah di Bank Muamalat, diskaun sebanyak lima peratus akan diberikan kepada mereka yang membuat pendaftaran keahlian baharu atau pembaharuan keahlian sepanjang bulan Mac ini.