X

Kindly register in order to view this article
!

TPM Taliban sahkan dirinya masih hidup

Mullah Abdul Ghani Baradar merupakan pengasas bersama gerakan Taliban. - Foto Agensi
A
A

KABUL - Pengasas bersama gerakan Taliban yang kini menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mullah Abdul Ghani Baradar mengeluarkan rakaman audio pada Isnin untuk menepis khabar angin mengenai kematiannya di media sosial.

“Ada pihak menyebarkan 'propaganda palsu’ tentang kematian saya. Sejak beberapa hari lalu, saya telah melakukan lawatan kerja. Saya masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” ujarnya menerusi rakaman dikongsi Taliban.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas spekulasi tersebar terutamanya di India yang mendakwa Mullah Abdul Ghani cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan puak penentang di istana presiden.

“Media sentiasa menerbitkan berita pembohongan seperti ini. Saya 100 peratus mengesahkan tidak berlaku kejadian seumpama itu,” jelasnya.

Difahamkan, khabar angin tentang kematian Pemimpin Agung, Hibatullah Akhundzada juga pernah tersebar sebelum beliau disahkan berada di Kandahar, dua minggu selepas Taliban kembali berkuasa pada 15 Ogos lalu. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!