Piala Malaysia: Harimau Selatan masih pilihan utama

JDT masih merupakan kelab pilihan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2021. - Foto Johor Southern Tigers
JDT masih merupakan kelab pilihan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2021. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi pilihan utama di mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi dua tahun lalu, namun terdapat beberapa pasukan dijangka mampu memberikan cabaran.

Malah menurut penganalisis, Syed Adney Syed Hussein, Terengganu FC di bawah kendalian Nafuzi Zain, antara dijangka akan membuat kebangkitan selepas melalui kekecewaan di penghujung saingan Liga Super.

“Penang, Kedah, Terengganu FC, dan Selangor saya rasa akan beraksi lebih baik di Piala Malaysia dengan mereka mempunyai dua minggu untuk melakukan persiapan.

“Namun saya rasa Terengganu yang menjadi pasukan paling kecewa kerana selepas sekian lama berada di tempat kedua tetapi akibat gagal peraga prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir, mereka terus jatuh ke tangga keempat.

“Saya rasa Nafuzi pasti membangkitkan semula semangat pemain-pemainnya di Piala Malaysia yang hanya punyai enam perlawanan sahaja untuk diharungi di peringkat kumpulan," kata bekas penjaga gol kebangsaan yang pernah bersama Selangor, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pada masa sama, Syed Adney mengakui Kedah Darul Aman (KDA) kendalian Aidil Sharin Sahak juga berada prestasi terbaik untuk mencipta kejutan.

“Begitu juga dengan Kedah, mereka akan bertambah garang dengan kehadiran semula Kpah Sherman untuk kembali bergandingan semula bersama Tchetche Kipre.

“Namun, saya masih meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana ada kekuatan yang baik dari segi barisan pemain utama dan simpanan malah mereka boleh melakukan penggiliran pemain jika diperlukan ekoran kecederaan atau penggantungan mana-mana tonggak utama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, majlis undian Piala Malaysia akan diadakan esok petang.