Niaga hadapan FBL KLCI ditutup rendah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Sewaktu ditutup, kontrak September 2021 turun 9.0 mata kepada 1,550.0, Oktober 2021 jatuh 10 mata kepada 1,547.5, Disember 2021 merosot 8.5 mata kepada 1,544.5 dan Mac 2022 jatuh 7.0 mata kepada 1,535.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,119 lot daripada 5,320 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,368 kontrak daripada 44,060 kontrak sebelum ini.

FBM KLCI ditutup rendah 14.62 mata kepada 1,555.51 berbanding 1,570.13 pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: