Vaksinasi: Pesuruhjaya Tinggi baharu Australia ucap tahniah

Justin Lee
Justin Lee
A
A
A

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Tinggi baharu Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Beliau yang dilantik pada 25 Jun lalu itu turut berkongsikan harapannya untuk meneruskan kesinambungan kerjasama antara Australia dan Malaysia dalam menangani isu Covid-19 termasuk perkara berkaitan pemulihan ekonomi.

“Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan ucapan takziah kepada mereka yang terkesan ekoran penularan Covid-19

“Pada masa sama, saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas pelaksanaan program vaksinasi Covid-19.

“Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam menangani isu Covid-19 dan juga dari aspek pemulihan ekonomi,” katanya ketika pertemuan pertamanya bersama pemberita menerusi sesi minum petang secara maya yang dianjurkan oleh Gourmet South Australia pada Selasa.

Setakat Isnin, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid1-9 (JKJAV) memaklumkan bahawa sebanyak 74.7 peratus atau 17,480,766 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Kerajaan menjangkakan sebanyak 80 peratus populasi dewasa negara selesai melengkapkan vaksinasi menjelang hujung bulan ini.

Mengulas lanjut mengenai hubungan antara Malaysia dan Australia, Justin berkata, kedua-dua negara sememangnya mempunyai asas pertalian yang kukuh sama ada dalam isu diplomatik mahupun perdagangan komersial.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, perkara itu merangkumi hubungan baik yang dimiliki antara rakyat Malaysia dan Australia yang menurutnya merupakan antara asas penting dalam hubungan kedua-dua negara.