Polis Johor pantau lokasi tumpuan awam

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemeriksaan dan pemantauan di kawasan tumpuan awam akan diteruskan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi susulan kelonggaran baharu yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan, pelaksanaan tindakan penguatkuasaan akan dibuat mengikut SOP sempena Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berkuat kuasa di negeri ini.

Beliau menyarankan ibu bapa tidak membawa anak-anak berusia bawah 17 tahun mengunjungi lokasi yang tidak sesuai dan menangguhkan aktiviti perkelahan.

"Ini kerana risiko jangkitan lebih berbahaya kepada kanak-kanak dan juga bayi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau mengulas tindakan semakin dilihat mengunjungi tempat awam dengan tujuan untuk berkelah dan berkhemah selepas kerajaan membenarkan aktiviti berkenaan.

Ayob berkata, walaupun aktiviti demikian dibenarkan namun pematuhan kepada SOP perlu sentiasa diutamakan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pendaftaran MySejahtera.

"Semua ini bergantung kepada kesedaran masyarakat itu sendiri, mereka perlu memastikan keselamatan dan kesihatan walaupun aktiviti berkenaan dibenarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: