Pokok macang hempap dapur rumah

Mohd Zakhwan ( kiri) bersama Saari (dua,kiri) melihat keadaan belakang rumah.
Mohd Zakhwan ( kiri) bersama Saari (dua,kiri) melihat keadaan belakang rumah.
A
A
A

JERANTUT- "Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat sebatang pokok bacang terjatuh menghempap bahagian dapur, " kata pemilik kediaman Saari Hasan, 54 dari Felda Padang Piol.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 5 petang pada Ahad lalu, dia dan lima ahli keluarganya yang lain sedang berbual-bual di ruang tamu sebelum terdengar angin kencang.

Beberapa minit kemudian katanya, mereka terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah.

Mohd Zakhwan (kiri) menyampaikan sumbangan awal kepada Saari.
Mohd Zakhwan (kiri) menyampaikan sumbangan awal kepada Saari.

"Hujan tidak lebat tetapi angin kuat menyebabkan pokok bacang terbalik menghempap bahagian dapur termasuk bilik air dan stor," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarga yang cedera tetapi kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang menyampaikan sumbangan awal pada Isnin.