Tak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak

Mangsa yang dihempap kayu balak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan. - Foto media sosial
Mangsa yang dihempap kayu balak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan. - Foto media sosial
A
A
A

TAWAU - Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan kes seorang lelaki yang maut dihempap kayu balak di sini, pada Isnin.

Memetik laporan Astro Awani, Peter memaklumkan pihaknya telah menerima laporan polis dan sedang melakukan siasatan lanjut.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.

Kejadian itu mendapat reaksi ramai selepas rakaman yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa turut tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 12 minit itu memaparkan sebuah jentera sedang mengangkat kayu balak yang menghempap mangsa sebelum dialihkan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori berkenaan.

Bagaimanapun, sebatang kayu balak di atas lori berkenaan tiba-tiba tergolek dan terus menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri. - Awani

Artikel Berkaitan: