JKM cari ibu kandung waris hilang 14 tahun

JKM Sabak Bernam mencari ibu kandung kepada Tan Jia Ying, 14 yang menghilangkan diri selepas melahirkan remaja tersebut pada Disember tahun 2007.
JKM Sabak Bernam mencari ibu kandung kepada Tan Jia Ying, 14 yang menghilangkan diri selepas melahirkan remaja tersebut pada Disember tahun 2007.
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam mencari ibu kandung kepada remaja Tan Jia Ying, 14 yang menghilangkan diri selepas melahirkan remaja tersebut pada Disember tahun 2007.

JKM menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan kes tersebut dirujuk oleh ibu angkat kepada Jia Ying, Teoh Wooi Se, 57, kepada JKM Sabak Bernam untuk proses pengangkatan remaja terbabit.

Menurut kenyataan tersebut, Jia Ying diserahkan kepada Wooi Se oleh ibu kandungnya ketika masih bayi pada Disember 2007 tanpa dokumen pengenalan diri.

“Kini remaja terbabit berada di bawah jagaan ibu bapa angkat, Wooi Se dan Tan Kim Yeow.

“Oleh itu, JKM dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada remaja ini untuk membantu pihak JKM. Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JKM Sabak Bernam di talian 0332242304 / 4873,” kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: