227 polis Kelantan, keluarga positif Covid-19

Shafien melihat sistem yang berfungsi di kaunter Balai Polis Palekbang, Tumpat bagi memberi kemudahan orang ramai membuat laporan polis berkait kejadian terutama jenayah.
Shafien melihat sistem yang berfungsi di kaunter Balai Polis Palekbang, Tumpat bagi memberi kemudahan orang ramai membuat laporan polis berkait kejadian terutama jenayah.
A
A
A

TUMPAT - Seramai 227 warga polis Kontinjen Kelantan dan keluarga dijangkiti Covid-19 dengan tiga daripadanya meninggal dunia akibat pandemik itu sehingga Isnin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu, 10 adalah pegawai kanan, 60 anggota pangkat rendah dan sembilan pegawai awam manakala 145 membabitkan ahli keluarga.

“Tiga yang meninggal dunia akibat jangkitan itu ialah seorang pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan seorang anggota.

“Mereka berusia lewat 50-an dan mempunyai sejarah penyakit kronik seperti buah pinggang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Palekbang, di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu merasmikan Balai Polis Palekbang yang turut dihadiri wakil Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Nor Ashikin Abdul Razak.

Balai berkenaan dijangka menjadi mercu tanda baharu di Tumpat kerana berada di lokasi strategik pembinaan Jambatan Palekbang menghubungkan daerah itu ke Kota Bharu.

Shafien (kiri) menyempurnakan simbolik perasmian dengan menanam dan menyiram pokok di pekarangan Balai Polis Palekbang di Tumpat sambil dibantu oleh Ketua Balai Palekbang, Sarjan Mejar Anuar Awang Besar (kanan).
Shafien (kiri) menyempurnakan simbolik perasmian dengan menanam dan menyiram pokok di pekarangan Balai Polis Palekbang di Tumpat sambil dibantu oleh Ketua Balai Palekbang, Sarjan Mejar Anuar Awang Besar (kanan).

Shafien berkata, sebahagian besar daripada anggota mendapat jangkitan Covid-19 ketika melaksanakan penugasan di lapangan antaranya sekatan jalan raya, proses tangkapan pesalah, proses siasatan dan tugas mengiring pesalah.

Artikel Berkaitan:

“Daripada jumlah itu juga, seramai 129 berada dalam proses kuarantin di rumah dan di pusat kuarantin di seluruh negeri Kelantan.

“Keadaan sedikit sebanyak menyebabkan penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan terjejas namun dibantu anggota yang dipinjamkan dari cawangan lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, tumpuan polis di daerah Tumpat akan difokuskan di dua lokaliti yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpangan dan Bendang Pak Yong bermula Rabu sehingga 28 September ini.

“Polis mengesan beberapa laluan tikus di dua lokaliti ini dan akan membina sekatan bagi mengelak pergerakan keluar masuk di kawasan PKPD.

“Kami juga berharap kerjasama orang ramai membantu pasukan keselamatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD supaya pandemik ini dapat tangani,” katanya,