Warga emas meninggal di kerusi menunggu kaunter JPJ

Gambar seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi kaunter menunggu JPJ di Bangi tular di laman sosial.
Gambar seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi kaunter menunggu JPJ di Bangi tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi tempat menunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 10.21 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun dan ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.

“Ambulans telah dihubungi dan pegawai kesihatan telah mengesahkan kematian warga emas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: