X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Operator jentolak ditemukan maut selepas 21 jam tertimbus

Seorang operator jentolak ditemukan maut pada Selasa selepas lebih 21 jam tertimbus dalam kejadian kuari roboh di Jalan Kampung Tanjung Durian Siniawan, Bau, petang Isnin. - Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Seorang operator jentolak ditemukan maut pada Selasa selepas lebih 21 jam tertimbus dalam kejadian kuari roboh di Jalan Kampung Tanjung Durian Siniawan, Bau, petang Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, mangsa, Anthony Kan-na, 49, berjaya dikeluarkan dari jenteranya yang tertimbus pada jam 12.23 tengah hari Selasa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Jentera jengkaut berjaya mengorek dengan menjumpai sebahagian tempat duduk operator iaitu mangsa yang tertimbus.

"Komander operasi mengarahkan anggota penyelamat menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan RTA (road traffic accident), untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” menurut PGO dalam kenyataan.

Pada Isnin, pasukan bomba bersama kakitangan Syarikat Holly Stone Quarry telah memulakan operasi mencari dan menyelamat pada jam 3.18 petang, sebaik menerima laporan kecemasan namun operasi itu terpaksa ditangguhkan dua kali iaitu pada jam 4.45 petang dan jam 8.45 malam atas faktor keselamatan ekoran cuaca yang kurang baik.

Operasi bagaimanapun disambung semula kira-kira jam 8.45 pagi Selasa.

Menurut PGO, maklumat awal mendapati, terdapat aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari berkenaan dilakukan pihak syarikat terbabit yang menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!