Kerajaan sedia bincang moratorium tanpa faedah

Ismail Sabri ketika menjawab soalan ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Selasa.- Foto Bernama
Ismail Sabri ketika menjawab soalan ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Selasa.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia membincangkan cadangan bagi menyediakan kemudahan moratorium tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi memudahkan pembayaran hutang isi rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan akan dibuat bersama Kementerian Kewangan berhubung perkara tersebut.

“InsyaALLAH cadangan (moratorium tanpa faedah terakru) akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan (Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).

“Kita faham situasi yang dihadapi oleh rakyat dan akan cuba membantu sebaik mungkin,” katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang memberi moratorium tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi membantu pembayaran hutang isi rumah seperti rumah dan kenderaan.

Ahmad berkata, hutang isi rumah di Malaysia kini amat tinggi iaitu 93.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan meningkat dengan pantas iaitu sebanyak 5.5 peratus ketika pandemik Covid-19.

Pada Ogos, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pemansuhan faedah terakru dalam pinjaman moratorium hanya akan memberi impak jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

Ujar beliau, faedah terakru bank-bank di negara ini menerusi moratorium hampir RM1.4 trilion iaitu bersamaan 73 peratus daripada sistem pinjaman bank tersedia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, faedah terakru dalam pinjaman moratorium adalah untuk menampung kos pinjaman bank termasuk pembayaran faedah deposit daripada bank serta pinjaman lain seperti bon yang dibuat oleh pihak bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam.