X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 di Malaysia lepasi dua juta

Kes harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 15,669 kes pada Selasa.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 2 juta pada Selasa selepas merekodkan pertambahan 15,699 kes.

Jumlah kes harian itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sejak dua hari lalu.

Namun Selangor kembali berada di tangga teratas melaporkan kes tertinggi iaitu 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651) dan Kelantan (1,406).

Perak pula melaporkan 856 kes, Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 2,011,440 kes.

"Daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, terdapat 283 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga hingga lima dan 15,386 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu serta dua," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 1,266 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 689 memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 18,053 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,764,579 kes," katanya.

Beliau berkata, terdapat 29 kluster baharu dikenal pasti membabitkan 14 kluster tempat kerja dan 12 kluster komuniti serta tiga kluster berisiko tinggi.

Daripada data yang dikeluarkan, sebanyak sembilan kluster komuniti dikesan di Kelantan, dua di Sarawak dan satu di Pahang.

Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,182 dan 3,734 telah diisytiharkan tamat manakala 1,448 lagi masih aktif.

Sehingga 14 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,669 kes (2,011,440 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,632 (646,212)

WPKL - 411 (180,877)

Sabah - 1,784 (177,296)

Johor - 1,974 (168,225)

Sarawak - 1,983 (162,303)

Kedah - 1,207 (120,325)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 14, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!