X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Taufan Chantu: Hampir 330,000 penduduk Shanghai dipindahkan

Chanthu diramal melanda perairan timur Shanghai sejak Isnin hingga Rabu sebelum melemah dan bergerak ke timur laut pada Khamis. Foto Getty Images
A
A

SHANGHAI - Kira-kira 330,000 penduduk di Shanghai dipindahkan akibat hujan lebat dan angin kencang yang dicetuskan Taufan Chanthu.

Menurut pusat meteorologi Shanghai, Chanthu diramal melanda perairan timur Shanghai sejak Isnin hingga Rabu sebelum melemah dan bergerak ke timur laut pada Khamis.

Sesetengah kawasan dijangka menerima curahan hujan hingga 250 milimeter pada Isnin hingga Rabu, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan turut menghentikan 150 perkhidmatan bas jarak jauh, beberapa perkhidmatan transit dan pengangkutan rel, serta menutup 112 tempat pelancongan.

Pusat meteorologi wilayah timur Jiangsu pada Isnin mengeluarkan amaran kuning iaitu amaran ketiga tertinggi bagi Chanthu.

Jabatan Pendidikan di bandar Nantong, wilayah Jiangsu, pada Selasa mengarahkan penutupan tadika, sekolah rendah dan menengah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!