X

Kindly register in order to view this article
!

Ribut Nicholas cetus ancaman banjir selatan AS

Ribut Tropika Nicholas yang membawa angin kencang dan ribut serta hujan lebat boleh mencetuskan risiko banjir di beberapa Texas dan Louisiana, selatan AS. Foto AP
A
A

HOUSTON - Ribut Tropika Nicholas yang membawa angin kencang dan ribut serta hujan lebat boleh mencetuskan risiko banjir di beberapa Texas dan Louisiana, selatan Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa meteorologi pada Isnin.

Nicholas boleh menjadi ribut tropika yang kuat atau taufan Kategori 1 sebelum mendarat di sepanjang pantai Texas tengah malam Isnin, menurut Pusat Taufan AS (NHC), lapor Xinhua.

Gambar satelit NHC menunjukkan ribut berputar tepat di Pantai Teluk awal Isnin, lapor Houston Chronicle.

Ribut melanda seluruh pantai Texas meliputi lebih separuh Teluk Mexico. Sebelum ini pada hujung minggu beberapa bahagian lain turut dibadai ribut.

Banjir juga mengakibatkan beberapa jalan di sepanjang pantai tengah Texas terpaksa ditutup. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!