X

Kindly register in order to view this article
!

Harap bantuan rakyat ditambah baik selepas MoU ditandatangani

Asyraf Wajdi
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar bantuan yang diberikan kepada rakyat sebelum ini dapat ditambah baik.

Menurutnya, tindakan tersebut perlu dilakukan susulan perincian kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) mengkehendaki kerajaan menambah suntikan fiskal melalui dana-dana bantuan tambahan kepada rakyat.

Kata beliau, bantuan rakyat itu disifatkan sebagai ‘safety net’ atau jaminan keselamatan di mana bukan sahaja mampu mengeluarkan rakyat daripada kesempitan jangka pendek bahkan sebagai stimulus atau perangsang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang dilanda pandemik.

"Melalui suntikan fiskal ini diharapkan rakyat dapat manfaat dengan pertambahan nilai bantuan termasuk juga antara #TuntutanRAKYAT agar nilai Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ditambah, tiada diskriminasi antara penerima Geran Khas Prihatin dengan BKC, serta mengambil kira juga golongan M40 yang juga amat terkesan selain B40.

"Harapnya ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat apabila Bajet 2022 diumumkan nanti," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Malaysia catat sejarah: Kerajaan, pembangkang tandatangani MoU

Pada Isnin, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) melakar satu sejarah negara dengan memeterai MoU transformasi dan kestabilan politik di Dewan Bankuet, Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU tersebut merangkumi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!