Kadar vaksinasi Covid-19 di Palestin meningkat

Selepas peningkatan kes Covid-19 di Tebing Barat dan Gaza, kerajaan mengumumkan bahawa vaksinasi diwajibkan untuk semua pegawai awam dan pekerja sektor swasta. (Gambar hiasan) Foto 123rf
Selepas peningkatan kes Covid-19 di Tebing Barat dan Gaza, kerajaan mengumumkan bahawa vaksinasi diwajibkan untuk semua pegawai awam dan pekerja sektor swasta. (Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

GAZA - Berikutan kebimbangan terhadap gelombang baharu pandemik, ramai penduduk Palestin mula mendapatkan vaksin Covid-19.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan terdapat peningkatan ketara dalam kadar vaksinasi baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

"Dengan kempen oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini, sikap penduduk untuk menerima vaksin berubah dan kadar vaksinasi meningkat," kata pegawai di Pusat Kesihatan Syahid al-Shatea di Gaza, Abdurrahman Abu al-Jalale.

Selepas peningkatan kes Covid-19 di Tebing Barat dan Gaza, kerajaan mengumumkan bahawa vaksinasi diwajibkan untuk semua pegawai awam dan pekerja sektor swasta.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin setakat ini mengesahkan sekurang-kurangnya 356,875 kes, dengan lebih 3,910 kematian. Gaza mencatatkan 145,186 kes dan 1,209 kematian.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 712,501 orang telah menerima vaksin Covid-19, termasuk sekurang-kurangnya 439,024 lengkap dua dos. - Bernama

Artikel Berkaitan: