Salah bakal jadi mimpi buruk buat Milan

Milan harus mengawal Salah sekiranya mahu seri atau menang di Anfield.
Milan harus mengawal Salah sekiranya mahu seri atau menang di Anfield.
A
A
A

BEKAS pemain AC Milan, Alberto Gilardino percaya bekas kelabnya itu perlu mematikan langkah Mohamed Salah sekiranya mahu meraih keputusan positif ketika menentang Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, Salah akan memberikan banyak perbezaan dalam perlawanan tersebut apatah lagi berada pada tahap terbaik dengan meledak tiga gol dan dua bantuan gol untuk Liverpool dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Ini akan menjadi perlawanan yang amat sukar buat Milan selepas mereka kembali ke kancah Liga Juara-Juara. Namun, menentang Liverpool di Anfield tidak mudah.

"Milan akan menderita, saya mampu membayangkannya dengan Salah akan jadi pemain yang perlu ditakutkan dalam perlawanan itu. Milan harus mengawal Salah sekiranya mahu seri atau menang di Anfield. Dia (Salah) berada pada tahap terbaiknya ketika ini.

"Milan bukan pasukan pilihan tetapi saya fikir mereka juga mampu untuk memberikan masalah buat Liverpool. Milan akan bersaing tetapi sekali lagi apa yang paling saya takuti adalah Salah dan saya tahu kualiti yang dimilikinya," katanya.

AC Milan akan membuat kemunculan semula ke saingan Liga Juara-Juara selepas lapan tahun selain perlawanan itu akan menjadi umpama perlawanan ulangan final Liga Juara-Juara yang dimenangi Liverpool pada 2005 di Istanbul sebelum Milan membalas kembali dua tahun kemudian dengan memenanginya di Athens.

Bagaimanapun, Gilardino percaya pengendali Milan, Stefano Pioli mempunyai cara untuk menghadapi tekanan daripada Liverpool dan cuba meraih keputusan positif di Anfield.

"Stefano Pioli adalah jurulatih saya di Bologna dan hari ini dia memiliki lebih banyak pengalaman.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin dia akan tahu bagaimana menghadapi intensiti tinggi Liverpool dan memberikan masalah kepada mereka," katanya.