Ibu saman syarikat pengeluar racun rumpai kerana anak

Syarikat yang mengeluarkan racun rumpai Roundup disaman oleh seorang ibu di Los
Angeles, California pada Isnin. - Foto AFP
Syarikat yang mengeluarkan racun rumpai Roundup disaman oleh seorang ibu di Los Angeles, California pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang ibu, Destiny Clark bertindak menyaman syarikat yang mengeluarkan racun rumpai Roundup di sebuah mahkamah daerah Los Angeles, California pada Isnin.

Dia berbuat demikian selepas seorang anak lelakinya, Ezra Clark disahkan menghidap sejenis kanser pada Februari 2016 yang memberi kesan ke atas nodus limfa ketika dia berumur empat tahun.

Nodus limfa ialah organ yang berbentuk bujur dalam sistem imun yang luas tersebar di seluruh badan termasuk ketiak dan perut.

Menurut AFP, beberapa peguam Destiny menyatakan syarikat pengeluar Roundup tidak menjalankan kajian yang mencukupi tentang kandungan yang terdapat dalam racun rumpai tersebut.

Bagaimanapun, syarikat Bayer yang membeli Roundup menyatakan bahawa kajian saintifik menunjukkan kandungan dalam racun rumpai itu adalah selamat.

Pengeluar racun rumpai itu ialah syarikat Monsanto.

Ia kemudian dibeli oleh syarikat Bayer dari Jerman pada tahun 2018 pada harga AS$63 bilion (RM261.39 bilion) dan mewarisi sejumlah tuntutan undang-undang yang dikemukakan pengguna terhadapnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: