Takiyuddin jalani kuarantin di rumah

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Datuk Seri Takiyuddin Hassan
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan sebagai kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19.

Takiyuddin memaklumkan bagi mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan beliau perlu menjalani perintah kuarantin sehingga 20 September depan.

"Ujian PCR yang dilakukan pada Jumaat lepas dan Isnin adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berikutan itu, Takiyuddin tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dan Sidang Dewan Rakyat sepanjang minggu ini selain tugas rasmi secara fizikal.

"Bagaimanapun saya masih boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan secara hibrid. Segala kesulitan adalah amat dikesali," katanya.

Artikel Berkaitan: