3,200 tin susu steril seludup dari Indonesia dirampas

Pegawai dan anggota Maqis dan polis Marin menunjukkan susu steril tanpa permit yang dirampas.
Pegawai dan anggota Maqis dan polis Marin menunjukkan susu steril tanpa permit yang dirampas.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 3,200 tin susu steril tanpa permit yang cuba diseludup dari Indonesia menerusi Kompleks Barter Trade, Pelabuhan Klang Selatan di sini pada Ahad.

Maqis Selangor dalam satu kenyataan berkata, muatan tersebut ditemui dalam satu operasi dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di dalam sebuah kapal dari negara jiran yang berlabuh di kompleks tersebut.

"Kesemua 3,200 tin susu yang bernilai RM4,500 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan dokumen sah seperti permit import Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal," katanya pada Selasa.

Maqis selangor menjelaskan, membawa masuk tumbuhan, binatang, ikan, dan keluaran pertanian tanpa permit adalah salah di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: