JKM cari ibu kandung, waris Adam

JKM meminta ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Adam iaitu Chan Xin Mei untuk tampil bagi proses permohonan pendaftaran sijil kelahiran.
JKM meminta ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Adam iaitu Chan Xin Mei untuk tampil bagi proses permohonan pendaftaran sijil kelahiran.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Shah Alam sedang mencari ibu kandung atau waris kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan Adam yang kini berusia dua tahun berada dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah Seksyen 19 (2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak tersebut Chan Xin Mei perlu tampil bagi proses permohonan pendaftaran sijil kelahiran kanak-kanak tersebut.

“Ibu bapa atau waris diperlukan untuk berbincang dengan pelindung kes bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.

“JKM berharap ibu kandung kanak-kanak atau warisnya hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam, Unit G2, Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai kes (pelindung) iaitu Anis Zainol Abidin di talian 03-55458901,” kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Artikel Berkaitan: