Sarawak United mohon maaf, serah kepada MFL, FAM siasat

Laporan Sukan Sinar. Gambar kecil: Posa Majais
Laporan Sukan Sinar. Gambar kecil: Posa Majais
A
A
A

PENGURUSAN Sarawak United memohon maaf kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan insiden semasa perlawanan Liga Premier menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Sarawak United FC, Datuk Posa Majais, selain itu permohonan maaf juga kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penyokong-penyokong serta pihak terlibat.

"Sarawak United juga menyerahkan sepenuhnya kepada MFL dan FAM untuk menyiasat individu yang terlibat dalam insiden itu sama ada dari Sarawak United FC mahupun pihak lain.

“Sebagai pasukan yang mempunyai integriti, kami juga mahu setiap perlawanan itu disertai dengan baik dan adil, agar setiap kekalahan dan kemenangan dapat diterima dengan baik kedua-dua pasukan,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Untuk rekod, insiden di Cheras itu menyaksikan Sharbinee Allawee dilayangkan kad merah pada minit ke-65 oleh pengadil, Muhammad Kamil Zakaria

selepas penjaga gol tersebut melakukan kekasaran apabila menerjah dada pemain Negeri Sembilan, Mohamad Zamri Ramli.

Selain itu, aksi tersebut juga dicemari insiden kekecohan di padang sebaik tamat perlawanan apabila Muhammad Kamil diserbu pemain dan pegawai pasukan Sarawak United, yang dipercayai tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Kamil layangkan Sharbinee kad merah tepat: FAM

Artikel Berkaitan: