Pekerja binaan maut dihempap perancah besi

Pekerja binaan maut dihempap perancah besi di tapak projek pelupusan sampah Tanah Merah pada Isnin.
Pekerja binaan maut dihempap perancah besi di tapak projek pelupusan sampah Tanah Merah pada Isnin.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut dipercayai dihempap perancah besi di tapak projek pelupusan sampah (Cypark) di Tanah Merah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Shonamoni Ghosh, 38, tidak sedarkan diri selepas dihempap perancah besi tersebut yang mempunyai muatan 'metal deck'

Menurutnya, penyelia kawasan tersebut kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut.

"Semasa di Klinik Kesihatan Lukut, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pihak polis telah ke lokasi kejadian di aras lapan tapak projek Cypark Tanah Merah, Port Dickson dengan berpakaian lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menjalankan siasatan awal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Kata Aidi Sham, pemeriksaan luaran terhadap mangsa, tidak terdapat sebarang kecederaan luaran.

"Selain itu, tiada sebarang unsur perlakuan jenayah dan kejadian merupakan satu kemalangan di tempat kerja," katanya.

Jelas beliau, mangsa seterusnya telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: