X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif global lebih 225.1 juta, korban 4.637 juta

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 41.1 juta kes. - Foto Bernama
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 225.14 juta. Ini berikutan hampir 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 41.1 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.9 juta kes.

United Kingdom dan Rusia antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Perancis dan Turki melebihi 6 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.2 juta, Malaysia 1.97 juta kes, Thailand dengan 1.38 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 71,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.637 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 661,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 586,000 kes, India lebih 442,000 kes, Mexico lebih 267,000 kes, sementara United Kingdom mencatat lebih 134,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 139,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 35,000 diikuti Malaysia 21,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban.- Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!