X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

MoU bersama PH untuk kembalikan kestabilan politik negara

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) diiringi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri), Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kanan) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) ketika hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bertujuan mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi menerusi pendekatan kerjasama 'dwipartisan'.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berharap langkah yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu diterima baik semua pihak.

“Selain itu, memorandum persefahaman itu juga menasihati pembangkang supaya membangkang tidak hanya berteraskan pertimbangan politik, sebaliknya mempertimbang hasrat memastikan kestabilan (negara) supaya semua pihak boleh fokus kepada agenda lebih penting.

“Ia bukan untuk kuasa, tetapi membantu kita yang diberi amanah memimpin kementerian tertentu dan menerajui pentadbiran negara supaya fokus dan berusaha membawa negara keluar daripada Covid-19 secepat mungkin menerusi tiga teras berhubung kait dengan kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Pertahanan, di sini.

Hari ini, kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!