Sila log masuk terlebih dahulu.

Varian Delta Covid-19 dominan di Sarawak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Varian Delta Covid-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lepas, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera.

Beliau berkata, kes dengan varian membimbangkan (VOC) ini meliputi 99 peratus daripada kes yang menjalani penjujukan genom bagi virus Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2 (SARS-COV 2) yang dijalankan oleh IHCM.

“Ini menunjukkan peningkatan daripada 82 peratus dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lepas, oleh itu menerusi data tersebut menandakan varian Delta adalah varian dominan di Sarawak, ” kata Dr David dalam laporan terbaharu beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua sampel yang diperoleh institut itu daripada kes-kes di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Limbang, selain kes import A (warga asing yang masuk ke Sarawak) adalah positif varian tersebut.

“Dalam pada itu, kes dari Bahagian Sibu dan Kapit mencatatkan 97 peratus (dengan varian Delta) sementara Bahagian Bintulu mencatat kadar pengesanan 98 peratus,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: