Gantung bendera pupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak

Patricia ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang bersiaran secara langsung pada Isnin.
Patricia ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang bersiaran secara langsung pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan mudah seperti menggantungkan bendera Malaysia di kediaman masing-masing antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri kanak-kanak.

Pegawai Staf 1 Latih Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Kolonel Patricia Yapp Syau Yin berkata, cara tersebut boleh melahirkan sifat cinta akan negara selain melambangkan individu itu sebagai warganegara.

“Selain daripada menggantung bendera, pendekatan lain saya lakukan adalah mengajak anak-anak menonton rancangan ‘National Geographic’ yang memaparkan sejarah Malaysia, selain menonton filem yang berkaitan negara.

“Mungkin orang terlepas pandang, sebenarnya banyak filem di Malaysia yang menceritakan mengenai sejarah dan negara Malaysia.

“Saya juga ada membawa anak-anak kembali ke kampung asal di Sabah untuk menyemai sifat patriotik itu,” katanya ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Turut serta menjadi panelis pada program berkenaan ialah Ketua Pengarah Cawangan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Brigadier Jeneral Fadzillah Abdullah; dan Ketua Cawang Pengurusan Pusat Peperangan Bersama (Pesama), Mejar Premalatha Vasandan, manakala Hazlin Hussain bertindak sebagai pengacara.

Premalatha ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang bersiaran secara langsung pada Isnin.
Premalatha ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang bersiaran secara langsung pada Isnin.

Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman bergelar perajurit, Patricia berkata, bidang ketenteraan telah banyak mengajar beliau mengenai kepentingan disiplin dan integriti dalam diri.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kedua-dua elemen tersebut diguna pakai oleh beliau dalam membesarkan anak-anaknya.

“Kalau diterapkan disiplin, ada integriti, seseorang individu itu mampu bekerja tanpa dipantau. Mereka akan melakukannya dengan telus tanpa mengharap balasan,” katanya.

Turut senada pandangan Patricia itu ialah Premalatha yang menyifatkan disiplin dan integriti sangat penting serta perlu ada dalam diri anak muda pada masa kini.

Justeru, beliau menyarankan agar anak-anak di Malaysia disemaikan dengan integriti dan ketahanan mental tinggi pada usia muda.

“Apabila perkara ini disemaikan dari kecil, saya percaya ia melahirkan seseorang yang benci akan rasuah.

“Selain menjadi individu benci rasuah, ia mampu melahirkan individu yang berfikiran positif dan responsif serta taat kepada negara dan ibu bapa,” ujarnya.