Sarawak benar rentas daerah tanpa perlu ujian saringan

Rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan Covid-19 kecuali untuk bahagian Bintulu.
Rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan Covid-19 kecuali untuk bahagian Bintulu.
A
A
A

KUCHING - Berkuat kuasa esok, rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan Covid-19 kecuali untuk bahagian Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pergerakan rentas daerah itu bagaimanapun masih perlu memperoleh permit daripada pihak polis.

Hari ini, Sarawak merekodkan 3,522 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 160,320 kes manakala lima kematian direkodkan menjadikan angka korban akibat wabak itu kini mencecah 630 orang.

Kenyataan JPBN menyebut berdasarkan laporan jujukan genom penuh ke atas sampel positif di kesemua 12 bahagian di Sarawak, hampir 100 peratus adalah varian Delta.

“Ini bermakna varian Delta telah merebak ke seluruh Sarawak dan perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera,” menurut kenyataan itu.

JPBN turut mengisytiharkan enam kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kerubong di Sarikei, Kluster Sungai Sujan Mapok di Sebauh), Kluster Sungai Dabai di Pakan, Kluster Andi Liam di Beluru, Kluster Pulau Brunei di Limbang dan Kluster Tinwar Keleku di Subis.- Bernama

Artikel Berkaitan: