Pakatan Harapan kekal bebas kritik kerajaan

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Fungsi dan peranan pembangkang untuk mengkritik serta membuat semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan tidak berubah meskipun telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada Isnin.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemeteraian MoU itu lahir daripada semangat untuk memfokuskan kepentingan rakyat yang kini sedang bergelut dengan Covid-19.

Menurutnya, apabila dokumen itu didedahkan, rakyat boleh melihat secara objektif tujuan persefahaman itu diwujudkan.

"Kami dalam Pakatan Harapan (PH) terus bebas mengkritik, memberikan teguran, pandangan kepada kerajaan.

Salahuddin (kanan), Saifuddin Nasution (dua dari kanan), Anthony (dua dari kiri) dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang akhbar sebaik selesai menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH di Parlimen, Kuala Lumpur pada Isnin.

"Bahkan, PH kekal di barisan pembangkang untuk semak dan imbang, memberikan pandangan yang konstruktif dan objektif.

"Tetapi dalam masa yang sama, dalam mendepani pandemik ini, rakyat dan juga negara akan jadi keutamaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebaik selesai menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH di Parlimen, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke Siew Fook.