Air Selangor agih 'box of hope' sempena ulang tahun kedua

Sejumlah 222 unit 'box of hope' diagihkan sempena sambutan ulang tahun kedua Air Selangor. - Foto: Air Selangor
Sejumlah 222 unit 'box of hope' diagihkan sempena sambutan ulang tahun kedua Air Selangor. - Foto: Air Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 222 unit 'box of hope' diagihkan di Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Persiaran Ampang Saujana dan Lembah Jaya Selatan sempena sambutan ulang tahun kedua Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, selain memastikan bekalan air bersih dan selamat yang cukup di kawasan Lembah Klang mereka turut prihatin kepada komuniti yang memerlukan di kawasan terbabit.

Menurutnya, 'box of hope' berisi barangan makanan dan keperluan asas melalui kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia itu diagihkan dengan harapan ia dapat membantu komuniti setempat dalam meringankan beban mereka.

"Air Selangor selaku operator air kepada lebih 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bukan sahaja komited memastikan bekalan air bersih dan selamat yang mencukupi, tetapi turut prihatin kepada komuniti sekitar yang memerlukan.

"Sempena sambutan ulang tahunnya yang kedua, Air Selangor menggerakkan sambungan inisiatif (program) Sesama Mara melalui penyerahan bantuan 222 unit 'box of hope' dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas," kata kenyataan itu pada Isnin.

Dalam pada itu, Air Selangor turut memaklumkan program Sesama Mara yang sedang berjalan akan diteruskan dari semasa ke semasa malah membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang.

"Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB Bank Berhad bernombor 8007985118. Pastikan anda mencatatkan nota ‘Bantuan Inisiatif Box of Hope' semasa membuat transaksi dan emelkan ke communication@airselangor.com," katanya.

Artikel Berkaitan: