Ancaman pengganas: Kedutaan Besar di Tokyo diarah hubungi Jepun

Kementerian Luar Negeri. - Gambar hiasan
Kementerian Luar Negeri. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) telah mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menghubungi Kementerian Luar Negeri Jepun berhubung amaran ancaman pengganas di Malaysia.

KLN menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan pihaknya mengambil serius mengenai perkara tersebut.

"Agensi keselamatan khususnya polis sedang menilai keadaan dengan teliti," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, Malaysia terus mengukuhkan kerjasama dengan negara serantau dalam isu keselamatan termasuk usaha menentang keganasan.

"Perkongsian pintar dan amalan terbaik merupakan kompenan penting dalam kerjasama ini," katanya.

KLN berkata demikian sebagai reaksi terhadap amaran Jepun yang dikeluarkan kepada warganya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar supaya mengelak diri berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan sesak lain.

Nasihat itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Jepun selepas menerima arahan dari Tokyo.

Setakat ini, terdapat 31,000 rakyat Jepun berada di Malaysia.

Artikel Berkaitan: