Tauke emas sumbang katil untuk wad Covid-19

Murtadhadumizi (kanan) menyerahkan sumbangan katil kepada Dr Aminah Rusmin di Hospital Tumpat pada Isnin.
Murtadhadumizi (kanan) menyerahkan sumbangan katil kepada Dr Aminah Rusmin di Hospital Tumpat pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Seorang tauke emas menyerahkan sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di Hospital Tumpat.

Murtadhadumizi Mustapha, 27, berkata, sumbangan katil tersebut bertujuan menampung keperluan pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Saya akui katil merupakan salah satu keperluan utama untuk keselesaan para pesakit yang sedang menerima rawatan.

"Menyedari keperluan itu, kami tampil dengan memberikan sumbangan dan ia merupakan salah satu khidmat sosial untuk menyokong pihak kerajaan dalam melawan jangkitan Covid-19," katanya kepada pemberita semasa menyerahkan katil-katil tersebut kepada Pengarah Hospital Tumpat, Dr Aminah Rusmin Ghazali di sini pada Isnin.

Menurutnya, Mz Gold akan terus menghulurkan bantuan jika keadaan memerlukan.

Sementara itu, Dr Aminah Rusmin berkata, pihaknya amat berbesar hati di atas sumbangan yang diberikan itu.

Katanya, katil-katil itu akan digunakan oleh pesakit Covid-19 di hospital tersebut yang turut menjaga ahli keluarga mereka yang kritikal akibat jangkitan itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu warga Hospital Tumpat dalam melawan jangkitan ini.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan ini termasuklah sumbangan berbentuk makanan yang merupakan 'hadiah' paling bermakna buat kami semua," katanya.