Pekerja kebun disamun, putus pergelangan tangan

No Image Caption
A
A
A

MERSING - Polis sedang mencari dua suspek kes samun yang menetak pergelangan tangan seorang pekerja kebun sehingga putus dalam kejadian Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian jam 4.34 itu berlaku di Jalan Jemaluang TKPM Gate 2.

"Kita terima panggilan dari orang awam memaklumkan bahawa seorang pekerja kebun berusia 36 tahun di samun. Sebuah telefon bimbit, wang tunai RM500 dan dokumen diri turut dilarikan suspek

"Ketika kejadian itu mangsa cuba melawan sebelum pergelangan kirinya ditetak menggunakan parang sehingga putus di lokasi tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, hari ini.

Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk penyambungan tangan.

"Suspek ialah dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan memakai helmet warna putih dan hitam. Suspek berbadan sedikit berisi dan tinggi lebih kurang 150 cm hingga 165 cm.

"Siasatan terhadap mangsa masih dijalankan bagi mengecam muka suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Cyril berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: