Zarina Anjoulie didakwa kes dadah

Zarina Anjoulie dan peguamnya hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin.
Zarina Anjoulie dan peguamnya hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Selebriti sensasi Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, Jun lalu.

Zarina, 34, yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan bertudung bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mahyun Yusof selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Zarina dituduh menggunakan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dan sebutan semula kes pada 24 September depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

Artikel Berkaitan: