Polis lengkapkan siasatan insiden lawan arus

Baharudin Mat Taib
Baharudin Mat Taib
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden memandu melawan arus yang mengakibatkan dua orang maut di Lebuhraya Persekutuan pada awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih berjalan.

"Terdapat video kejadian awal kemalangan tersebut. Saksi berkenaan bersama dua lagi rakannya telah tampil membantu siasatan di IPD Shah Alam kira-kira jam 9 malam Ahad.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Pada awal pagi Ahad, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di 8.5 Kilometer Lebuh Raya Persekutuan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pandu pacuan empat roda lawan arus direman 6 hari

Artikel Berkaitan: