X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Ketua Hakim Negara keluar arahan baharu prosiding reman

Surat berkaitan arahan baharu prosiding reman yang dikeluarkan Ketua Hakim Negara pada 10 September lalu.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menggariskan amalan baharu dalam pengendalian tahanan reman, termasuk Orang Yang Disyaki (OYDS) perlu diberi peluang untuk menghubungi peguam.

Dalam Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 11 2021 Pengendalian Prosiding Permohonan Reman yang dikeluarkan pada 10 September lalu, OYDS yang tidak diwakili peguam atau tidak berkeupayaan melantik peguam, akan dimaklumkan oleh majistret untuk hak mendapatkan khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dengan memenuhi beberapa syarat.

"Pengendalian prosiding reman hendaklah ditangguhkan ke tempoh masa yang munasabah, dalam hari yang sama, bagi membolehkan peguam hadir mewakili OYDS.

"Bagaimanapun, pengendalian reman akan diteruskan sekiranya OYDS tidak mahu diwakili peguam atau enggan mendapatkan khidmat bantuan YBGK dan tiada peguam hadir dalam tempoh munasabah diberikan," katanya.

Selain itu, dalam arahan tersebut turut memberitahu ketika prosiding, polis perlu memaklumkan kepada majistret mengenai status permohonan reman sama ada ia permohonan baharu atau lanjutan.

Jelasnya, suspek juga perlu memaklumkan majistret bagaimana dia dilayan ketika dalam tahanan dan status kesihatan dirinya.

"Polis mesti menghantar suspek ke hospital sekiranya majistret mendapati suspek memerlukan rawatan perubatan.

"Arahan amalan ini turut menggariskan majistret harus memastikan suspek hadir, dan permohonan reman, salinan diari siasatan yang lengkap serta dokumen lain sudah siap disediakan sebelum memulakan perbicaraan," katanya.

Kesemua arahan amalan baharu tersebut akan berkuat kuasa pada Rabu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!