Bakal dikenakan tindakan displin

Aminuddin menyerahkan bantuan N9 Bas kepada murid terlibat.
Aminuddin menyerahkan bantuan N9 Bas kepada murid terlibat.
A
A
A

JELEBU - 11 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau bakal dikenakan tindakan disiplin berikutan mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung calon PRK DUN Rantau.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan tersebut merupakan perkara yang serius.

"Tidak sepatutnya seorang individu yang dilantik oleh kerajaan membuat pengumuman tersebut sewenang- wenangnya sehingga mencetuskan kontroversi. Mereka bertindak tanpa mengikut saluran yang tepat selain membuat keputusan tanpa berunding dengan kerajaan.

"Satu perbincangan akan dibuat berhubung perkara ini dan jika perlu tindakan displin, kita akan diambil," katanya sebagai merujuk kepada laporan media berhubung 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram sebagai calon PRK DUN Rantau.

Mereka mendakwa, PH hanya memilih untuk kalah lebih awal jika pakar bius itu yang bukan anak jati DUN berkenaan tetap dipilih.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai apakah bentuk tindakan displin yang akan diambil, Aminuddin bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Setakat ini, PH belum memutuskan calonnya untuk PRK DUN Rantau selain telah menerima lebih 10 nama calon untuk merebut kerusi DUN Rantau daripada calon BN juga penyandangnya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Manakala dalam perkembangan berlainan, Aminuddin berkata, jentera pilihanraya PRK DUN Rantau sentiasa dalam keadaan bersiap sedia malahan mesyuarat di peringkat negeri dan pusat telah dilaksanakan bagi memastikan perjalanan PRK ini berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

"Jentera kita sudah sedia sejak awal dahulu, bagaimana pun kita juga berharap PRK ini berjalan dengan lancar," katanya.

Terdahulu, Aminuddin melancarkan Bantuan N9 Bas 2019 hari ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, Jelebu yang merupakan salah satu tawaran Manifesto PH Negeri Sembilan pada PRU14 yang lalu.