Lebih 100 guru di Terengganu tolak vaksin

Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 100 guru sekolah di Terengganu menolak untuk menerima vaksin Covid-19 atas pelbagai alasan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, angka itu hanya mewakili peratusan kecil daripada jumlah keseluruhan guru di negeri ini.

"Permintaan saya ialah mereka ini dapat mempertimbangkan seruan dapatkan vaksin demi maslahah dan kebaikan bersama semua pihak untuk keluarga dan anak-anak murid mereka nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini pada Isnin.

Menurut Ahmad Samsuri, jumlah itu tidak statik kerana ada guru yang sudah menerima vaksin selepas dipujuk dan selebihnya adalah mereka yang 'hardcore' atau tegar.

Ditanya mengenai tindakan terhadap guru yang enggan menerima vaksin tanpa alasan kukuh, beliau berkata, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang membolehkan sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka ketika ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mungkin melaksanakan peraturan menjalani ujian saringan Covid-19 secara berkala terhadap guru yang menolak vaksin.

"Ini salah satu cara, kalau mereka sanggup mahu buat ujian saringan tiap dua minggu terpulanglah," katanya.

Artikel Berkaitan: