Foto jarak jauh lebih mengujakan dengan Huawei P30 Series

A
A
A

No Image Caption

Sesuatu yang LUAR BIASA akan muncul pada 26 Mac ini، semestinya dinantikan peminat gajet seluruh negara.

Jenama telefon pintar terkemuka dunia، Huawei akan memperkenalkan model terbaharunya P30 Series pada 26 Mac ini.

Huawei P30 yang bertemakan ‘Rewrite the Rules’ pasti menjadi telefon pintar yang dinanti-nantikan buat peminat Huawei.

Umum mengetahui Huawei Mate 20 Pro yang dilancarkan tahun lalu mempunyai kelas tersendiri dan sarat dengan teknologi baru.

Kecanggihan Huawei Mate 20 Pro juga berjaya meraih anugerah ‘Smartphone Terbaik’ dari penganjur GSMA di Barcelona، Sepanyol، bulan lepas.

Huawei P30 Series akan dilancarkan pada 26 Mac ini
Huawei P30 Series akan dilancarkan pada 26 Mac ini

Anugerah itu bagi mengiktiraf prestasi Mate 20 Pro yang hebat، sistem kamera yang cemerlang، hayat bateri yang panjang، penyelesaian pengecasan yang inovatif dan reka bentuk yang menarik.

Artikel Berkaitan:

Penghargaan ini sekaligus membuktikan teknologi Huawei mengeluarkan produk yang terbaik kepada pengguna telefon pintar di seluruh dunia.

Produk Huawei sebelum ini seperti P20 Pro dan Mate 20 Pro mempunyai keistimewaan seperti tiga lensa kamera Leica ultra-lebar، pengecasan tanpa wayar، fotografi AI dengan 4,200 mAh dan HiVision.

Peranti Kamera Yang Lebih Baik Akan Dilancarkan Pada 26 Mac

No Image Caption

Dalam satu hantaran di media sosial Weibo، Pengarah Eksekutif Huawei، Richard Yu menunjukkan gambar bulan yang imejnya cukup jelas dan setanding dengan mana-mana keluaran kamera jarak jauh.

Kecanggihan kamera setanding ‘teropong’ ini akan menjadikan anda sebagai seorang pakar fotografi yang akan menghasilkan gambar yang ummph!

Dalam foto berkenaan، terdapat 'watermark' mencatatkan tentang jenis telefon bimbit yang digunakan untuk merakamkan objek itu.

Ia jelas dapat diteka tertulis 'Huawei P30 Pro' dan 'Leica Quad Camera'.

Percaya atau tidak setakat ini belum ada lagi syarikat telefon bimbit di dunia mengeluarkan produk mempunyai empat kamera di bahagian belakangnya.

Mungkinkah Huawei Siri P30 Pro bakal mencipta sejarah dan menjadi yang pertama mengeluarkan telefon pintar hebat ini؟

Huawei telah mengumumkan Siri P30 bakal dilancar di Paris pada 26 Mac 2019 dengan menggunakan trailer menunjukkan keistimewaan zoom kameranya sebagai ciri utama.

Apa yang boleh kita jangkakan؟ Sudah pasti kecanggihan LUAR BIASA menanti pencinta telefon pintar.

Sama-sama kita nantikan!

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Huawei Official Store: https://shop.huawei.com/my/index.html

Huawei FB: https://www.facebook.com/HuaweimobileMY