X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kerajaan rugi jutaan ringgit setiap tahun akibat penyeludupan

Hazani (tiga dari kanan) menerangkan antara kejayaan yang telah dilaksanakan PGA dalam aktiviti penyeludupan di Sabah. tamat.
A
A

PAPAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus fokus kepada operasi memerangi penyeludupan terutama membabitkan rokok, minuman keras dan barang kawalan melalui Op Kontraban.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, kerajaan mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit setiap tahun akibat penyeludupan.

"Kita akan memerangi sehingga ke akar umbi bukan saja di Sabah tetapi di seluruh negara," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini, pada Isnin.

Hazani dalam pada itu tidak menafikan terdapat permintaan yang tinggi terhadap barang seludup selain terdapat dalang aktiviti itu.

"Mesti ada yang merancang dan ada yang membekalkan modal," katanya.

"Kita akan buka fail kes dan ambil tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang atau Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 bagi penyeludupan manusia, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA)," katanya.

Hazani menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) antara Mohd Abduh (kanan) kepada Abdul Rani (kiri) di Ibu Pejabat PGA Sabah di Kinarut, Papar.
Hazani menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) antara Mohd Abduh (kanan) kepada Abdul Rani (kiri) di Ibu Pejabat PGA Sabah di Kinarut, Papar.

Beliau sebelum itu menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) antara Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail yang bersara wajib kepada Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias.

Timbalan Komander VAT69, Asisten Komisioner Abdul Rani Alias dilantik sebagai Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) berkuat kuasa Isnin.

Abdul Rani dinaikkan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner Polis bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, 60, yang bersara wajib bermula Selasa.

Majlis berkenaan turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Briged Sabah antara Nor Azian Ahmad dan Rusnah Zakaria sambil disaksikan isteri Hazani, Pengerusi Perkep KDNKA, Datin Fadziah Abdul Hamid.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!