X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

PN Johor sedia tanding semua 56 kerusi DUN tanpa UMNO

Perikatan Nasional & Ir Md Nasir
A
A

JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) Johor sedia bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini tanpa kerjasama atau penglibatan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Ir Md Nasir Hashim yakin gabungan Bersatu, Pas dan parti lain yang bertanding atas tiket PN akan menang pada PRU15.

"Kita jangkakan PN Johor akan menang lebih 40 kerusi daripada semua kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini akan dibantu atas faktor ketidakmampuan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menerajui negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada Rabu, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata, parti itu dan Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding pada PRU15 di semua 19 kerusi DUN yang telah dimenanginya sebelum ini.

Hasni berkata, parti itu juga bertegas tidak akan menggunakan simbol selain lambang UMNO dan BN malah kerusi-kerusi menang yang ditandingi BN sebelum ini akan terus ditandingi calon BN pada PRU15.

Mengulas lanjut, Md Nasir berkata, Hasni tidak wajar mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi politik ketika ini dan sepatutnya menumpukan usaha memerangi Covid-19 di negeri ini.

Beliau mendakwa, Hasni tidak serius dalam usaha menangani pandemik itu dan sehingga kini hanya bercakap secara retorik tanpa hasilnya dan Johor baru mencapai 40 peratus rakyatnya yang menerima vaksin.

"Jumlah itu sangat rendah jika dibandingkan dengan negeri lain," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!