X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Exco Terengganu positif Covid-19

Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman
A
A

KUALA TERENGGANU - Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dilaporkan positif Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, Mohd Nurkhuzaini disahkan positif pada minggu lalu selepas menjalani ujian saringan.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Beliau disahkan positif dan dimasukkan ke hospital sebelum kita mewajibkan semua ADUN membuat ujian saringan Covid-19 pada 9 September lalu.

"Ketika mula-mula masuk (diwadkan di HSNZ) memang demam tetapi sekarang ini beliau sihat dan hanya menunggu masa untuk keluar dari hospital," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini pada Isnin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!