Dua lelaki didenda RM3,500 bantu kegiatan ah long

Dua lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan membantu kegiatan ah long dengan menampal poster dan mengedar risalah syarikat berkaitan minggu lalu.
Dua lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan membantu kegiatan ah long dengan menampal poster dan mengedar risalah syarikat berkaitan minggu lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan membantu kegiatan ah long dengan menampal poster dan mengedar risalah syarikat berkaitan minggu lalu.

Majistret Mahyun Yusof menjatuhkan hukuman itu kepada Woon Wan Pau, 46 dan Tan Hai Liang, 37, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lapan bulan jika kedua-dua tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menjalankan kegiatan mengedar risalah dan menampal poster berkaitan pinjaman kewangan di kawasan Bandar Sri Sendayan pada pukul 3.30 petang pada 7 September lalu.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan polis Negeri Sembilan menahan lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen di Negeri Sembilan dalam tiga serbuan berasingan.

Dua tertuduh yang didakwa merupakan antara suspek yang ditahan selepas dikesan mempromosikan pinjaman wang tanpa lesen di Bandar Baru Sri Sendayan.

Artikel Berkaitan: