X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Agong minta kerajaan percepat pemulihan ekonomi

Kerajaan diminta mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan.
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ia bagi meningkatkan lagi daya saing negara.

“Selain itu, perbelanjaan yang sewajarnya perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi,” titah Seri Paduka Baginda ketika berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.

Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan keyakinan ekonomi Malaysia akan menunjukkan pemulihan selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk.

“Usaha ini turut memberikan keyakinan kepada semua pemegang taruh dan pelabur,” titah Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, kerajaan akan membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan kumpulan wang Covid-19 serta had statutori hutang kerajaan untuk membolehkan perbelanjaan tambahan.

“Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya oleh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKS).

“Perusahaan ini juga perlu diberi galakan mengurus perniagaan secara digital bagi menjamin akses pasaran yang lebih luas.

“Selain itu bidang pertumbuhan ekonomi baharu perlu segera dikenalpasti supaya Malaysia tidak ketinggalan di peringkat global,” titah Yang di-Pertuan Agong.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!